SEMPORNA: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) telah mengenal pasti tali barut yang membantu kumpulan penculikan untuk wang tebusan di perairan pantai timur Sabah.
Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata pihaknya memberi amaran keras kepada mereka agar menghentikan perbuatan itu atau berdepan tindakan tegas dan gerak-geri mereka juga sedang diperhatikan pihak berkuasa.
"Tali barut ini bukan sahaja orang Palau, ada orang tempatan dan pendatang tanpa izin, hentikan (menjadi tali barut), kita tahu mahu cari mereka di mana," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sejak tahun 2000, daripada 27 kes penculikan untuk wang tebusan yang berlaku di pantai timur Sabah, sebanyak 80 peratus individu mahupun kumpulan terlibat berjaya dikesan dan 'disingkirkan' termasuk ditembak mati.
Ahmad Fuad berkata hubungan baik dengan rakan setugas di Filipina membolehkan agensi itu menyelesaikan kes-kes penculikan walaupun penculik terlibat berada di negara jiran tersebut.
"Sama ada di sini (Sabah) atau sana (Filipina) kita akan berjaya ambil tindakan, tunggu masa cepat atau lambat dan sebab itu saya beri amaran jangan cuba menculik dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone)," katanya.
Sementara itu, beliau berkata bagi memperkasa kawalan keselamatan di perairan mahupun daratan ESSZone, kerajaan diharap dapat menimbangkan penambahan radar teknologi tinggi, aset bot, pos kawalan keselamatan air serta penambahan batalion Pasukan Gerakan Am.
Berkaitan Operasi Cegah Pati (OCP) Laut dan Daratan, beliau berkata pasukan keselamatan di ESSZone telah melakukan pemeriksaan kepada 493,273 individu, manakala 118 individu telah didakwa di mahkamah membabitkan 49 kes termasuk penyeludupan dengan jumlah rampasan RM5.7 juta.
Ahmad Fuad berkata baru-baru ini juga, pihaknya telah menerima senjata api dengan nilai RM7 juta daripada kerajaan bagi mengukuhkan keselamatan di kawasan ESSZone.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021
AHMAD FUAD: Tali barut ini bukan sahaja orang Palau, ada orang tempatan dan pendatang tanpa izin. - Gambar fail
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.